Aktiviti Terkini
Kelas Pengajian Al-Quran Anak2, Setiap Isnin-Khamis, Pukul 8.00 - 9.30 malam ,Tempat:Kabin Komuniti Embun     |    Kelas Pengajian Agama/Perkongsian Ilmu, Sabtu ke-2 setiap bulan, Tempat:Kabin Komuniti Embun     |    Kelas Pengajian Agama/Al-Quran Suri, Ahad setiap 2 minggu, Tempat:Kabin Komuniti Embun     |    Majlis Perjumpaan Penduduk dan Taklimat Penubuhan KRT , Tarikh:5 Februari 2016,Tempat:Kabin Komuniti Embun     |    Hari Keluarga dan Sukaneka Embun 2016, Tarikh:20 Februari 2016,Tempat:Kabin dan Padang Permainan     |   

Khamis, 26 Jun 2014

Saluran Aduan

Antara matlamat Persatuan ditubuhkan adalah menguruskan kemudahan-kemudahan tertentu untuk kepentingan penduduk dan menjadi pengantara di antara penduduk dengan pemaju dan pihak yang berkuasa mengenai masalah penduduk. Bagi memastikan kepentingan penduduk diutamakan, pelbagai saluran telah diwujudkan bagi menerima pelbagai aduan/cadangan/pertanyaan dan sebagainya. Saluran tersebut adalah seperti berikut :
  1. Mesyuarat Agung Tahunan/ Khas Persatuan 
    • Diadakan setiap dwi tahun bagi membentangkan dan mengesahkan aktiviti yang telah dilaksanakan, laporan kewangan persatuan dan usul daripada ahli.
    • Pemilihan AJK Tadbir yang baru setiap dua tahun sekali.
  2. Mesyuarat Jawatankuasa Penaja/Tadbir/Program Persatuan 
    • Mesyuarat JK Penaja/Tadbir diadakan sekurang-kurangnya empat(4) kali setahun.
    • Mesyuarat Program mengikut keperluan.
    • Setiap AJK diwajibkan hadir. Semua ahli persatuan amat digalakkan hadir.
    • Cadangan/Sumbangan/Pandangan/Aduan boleh disampaikan terus dalam Mesyuarat.
  3. Sesi Ngeteh di Restoren Al-Falah, Mercato,Bandar Enstek atau Kabin Komuniti Embun
    • Diadakan setiap minggu. Mengikut kesesuaian. Hebahan akan dibuat dalam Grup WhatApps
    • Semua ahli persatuan yang berkelapangan dijemput hadir.
    • Cadangan/Sumbangan/Pandangan/Aduan boleh disampaikan terus dalam perbincangan.
  4. Borang Aduan/Cadangan Blog Persatuan 
    • Menggunakan pautan berikut : Borang Aduan/Cadangan
    • Cadangan/Sumbangan/Pandangan/Aduan yang direkodkan akan dibawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa
  5. Facebook Grup Persatuan 
    • Melalui Grup Facebook : embun.enstek
    • Cadangan/Sumbangan/Pandangan/Aduan yang dipostkan akan dibawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa
  6. Emel Persatuan
    • Melalui Emel Rasmi : g.embun.enstek@gmail.com
    • Cadangan/Sumbangan/Pandangan/Aduan yang dipostkan akan dibawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa
  7. WhatApps Persatuan
    • Melalui Grup WhatApps Rasmi : Persatuan Komuniti Embun / Suri Komuniti Embun
    • Cadangan/Sumbangan/Pandangan/Aduan yang dipostkan akan dibawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa
  8. Telefon/SMS/Perjumpaan Peribadi
    • Melalui Semua AJK Jawatankuasa. Maklumat AJK seperti pautan berikut : Maklumat AJK
    • Cadangan/Sumbangan/Pandangan/Aduan yang dipostkan akan dibawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan anda!!

Copyright © Persatuan Komuniti Embun Timur@Enstek | Designed & Published Blogger Templates