Tarikh : 25 Mac 2015
Status : Draf
Versi : 1. 17 September 2015
2. 2 Oktober 2015
3. 18 Februari 2016
Versi : 1. 17 September 2015
2. 2 Oktober 2015
3. 18 Februari 2016
------------------------------------------------------------------------
Pengenalan :
Pelan Pembangunan Komuniti ini memerlukan perbincangan berterusan dan penambahbaikan dari masa ke semasa. Ianya sebagai panduan asas kepada Jawatankuasa Persatuan dalam merancang aktiviti bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Pelan Pembangunan Komuniti ini juga memerlukan kerjasama pihak berkepentingan yang lain seperti Persatuan Komuniti Denai, Idalia & Lestari, Badan Penyelaras Bandar Enstek, Surau Al-Hidayah, Masjid Kuarters KLIA, Majlis Perbandaran Nilai dan Komuniti sekitar.
Tempoh Pelan Pembangunan Komuniti ini adalah bermula pada 2014 - 2021. Sepanjang tempoh ini, tiga(3) mesyuarat agung dwi tahunan akan dibuat bagi memilih AJK Tadbir Persatuan akan diadakan.
2014 - 2015 :
1. Penubuhan Persatuan Komuniti Embun Timur@Enstek
- Membuat permohonan pendaftaran persatuan kepada JPPM. Status : Persatuan Komuniti Embun Timur@Enstek telah didaftarkan dengan JPPM pada 24 Jun 2014
- Mempromosi dan mendaftar keahlian persatuan sekurang-kurangnya 85% daripada 157 ketua rumah. Status : 52 %
- Mempromosi dan mendaftar keahlian khairat sekurang-kurangnya 85% daripada 157 ketua rumah. Status : 16 %
- Merancang dan melaksanakan aktiviti tahunan yang bersesuaian dan mampu menarik penglibatan ramai ahli :
- Majlis Mesra Aidilfitri Status : 1 Ogos 2015
- Program Gotong Royong. Status : 25 April 2015
- Majlis Korban Embun Status : 26 September 2015
- Mesyuarat Agung Tahunan. Status : 18 April 2015
- Program Ziarah Raya Status : 27 Julai - 17 Ogos 2015
- Program Sukan/Sukaneka Embun Cadangan : 20 Februari 2016
- Memastikan aduan/permohonan utama kepada MPN diselesaikan/diluluskan iaitu :
- Permohonan Pemasangan Kabin. Status : Telah diluluskan MPN
- Permohonan Pembinaan Bonggol di Timur 5 Belum diluluskan
- Menjana pendapat persatuan melalui penyewaan kemudahan dan logistik persatuan iaitu:
- Kabin Komuniti Embun. Status : Sumbangan telah diterima melalui penyewaan
- Penganjuran Car Boot Sale Mercato. Status : Sumbangan 70% daripada kutipan tapak telah diterima setiap minggu.
2015 - 2017 :
2. Penubuhan Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) Embun@Timur
- Menubuhkan Jawatankuasa Penaja KRT Embun@Timur. Status : Ditubuhkan pada 5 Februari 2016
- Membuat permohonan pendaftaran KRT kepada JPNIN. Status : Telah dihantar pada 15 Februari 2016
- Merancang dan melaksanakan aktiviti tahunan yang bersesuaian dan mampu menarik penglibatan ramai ahli :
- Skim Rondaan Sukarela
- Program Kesedaran Keselamatan
- Program Guarded Neighbourhood
3. Penubuhan Pasukan Kompang Embun Timur@Enstek
- Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Kompang Embun Timur@Enstek. Status : Ditubuhkan pada 1 Februari 2016
- Pembelian Peralatan Kompang dan Jidor. Status : Selesai dibeli daripada Batu Pahat, Johor.
- Pendaftaran Peserta Kompang & 1st Mesyuarat Pasukan. Cadangan : 21 Februari 2016
- Mengadakan latihan sehingga menjadi pasukan Kompang yang mantap
- Menghebahkan perkhidmatan dan menerima jemputan majlis-majlis dsb
- Pendaftaran dengan JPPM dan Permohonan Geran Kebudayaan daripada JKKN.
2017 - 2019 :
3. Cadangan pembinaan Surau Timur 5@Enstek
Pindaan : Membantu JK Masjid Bandar Enstek dalam Pembangunan & Pengurusan Masjid Bandar Enstek.
Pindaan : Membantu JK Masjid Bandar Enstek dalam Pembangunan & Pengurusan Masjid Bandar Enstek.
- Membuat permohonan pembinaan surau daripada JHEAINS. Pindaan : Membantu JK mendapatkan sumber kewangan bagi pembangunan masjid.
- Merancang dan melaksanakan kutipan dana pembinaan
- Memantau pembinaan surau
- Merancang dan melaksanakan aktiviti yang boleh mengimarahkan surau.
2019 - 2021 :
4. Penubuhan Koperasi Komuniti Embun
-----------------------------------------------------------------
- Menubuhkan Jawatankuasa Penaja Koperasi Embun@Timur
- Membuat permohonan pendaftaran Koperasi kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
- Merancang dan melaksanakan aktiviti ekonomi yang bersesuaian dan mampu menarik penglibatan ramai ahli
-----------------------------------------------------------------
Pelan Pembangunan Komuniti ini merupakan cadangan daripada Persatuan Komuniti Embun. Pandangan dan persetujuan bersama dengan pihak yang berkepentingan perlu diperolehi.
Perincian aktiviti/tindakan bagi setiap perancangan dalam pelan ini masih belum dibicangkan secara terperinci. Perbincangan akan dibuat dari masa ke semasa.
Sebarang pertanyaan/cadangan/komen berkaitan Pelan Pembangunan Komuniti ini bolehlah diajukan kepada :
Pengerusi
Persatuan Komuniti Embun Timur@Enstek
No. 78, Jalan timur 5/1I, Timur@Enstek
71760 Bandar Enstek
Negeri Sembilan
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Terima kasih atas ulasan anda!!